K-On Ritsu Tainaka DIARY from the SKY: KESIAN USTAZ ZAMRI!!

KESIAN USTAZ ZAMRI!!

Saturday, July 30, 2011


                                                              



Sah rancangan ‘Adik & al-Quran’ di TV9 dihentikan pihak atasan sambil hosnya, Ustaz Zamri dipecat serta merta.

Dilaporkan, semuanya gara-gara kelibat gambar Ustaz Zamri terlibat dengan Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu tersebar meluas di internet.

Perkara itu disahkan oleh penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy. Beliau berkata, arahan pemecatan Ustaz Zamri dan menghentikan program berkenaan dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas sebab tertentu. Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.
Dua hari lepas terbaca dalam FB YM TENGKU ASMADI yang mana syarikatnya menjadi penaja Rancangan popular berkonsepkan keagamaan di TV9 yang terpinga-pinga dengan tindakan TV9 memberhentikan serta merta Rancangan Adik & Alquran. Menurut beliau rancangan ini memiliki rating penonton yang tinggi.


Hari ini aq terbaca dalam beberapa blog yang mengesahkan rancangan ‘Adik & al-Quran’ di TV9 dihentikan pihak pengurusan smanakala hosnya, Ustaz Zamri dipecat serta merta.Dilaporkan juga semuanya gara-gara kelibat gambar Ustaz Zamri terlibat dengan Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu tersebar meluas di internet.





Aq tak nak komen pasal sesuaikah Ustaz Zambri ke sana atau sebaliknya, cuma satu sahaja yang nak sentuh...Kenapalah Program yang sah-sah memberi alternatif pilihan terhadap program hiburan yang terlampau banyak di televisyen ini diberhentikan??Sedangkan program ini memberikan impak yang besar terhadap pembelajaran Alquran dan agama kanak-kanak.

0 ulasan:

Post a Comment